Monday, March 14, 2011

Buta Cinta..

Dua puluh enam tahun..26 tahun..ya itu umur Cik Siti...tahun depan insyaallah 27 tahun pulak.wow!hmmm..kalau ikut plan tahun depan dah kena kawen ni..nk kena beranak pulak..alamak aih..calon pon tak ada..camne ni?
 
"Kami Cantik tapi single". Ya itu la satu cogan kata yang sesuai buat mereka yang senasib dengan Cik Siti.Ye..self confident yg tinggi.Very good!

"Insyaallah, tuhan ada rancangan yang terbaik untuk kita, jodoh dan ajal maut ditangan tuhan". Positive thinking sket...Ini pulak ayat nak sedap kan hati,tapi kena yakin jugak sebab sebagai penganut agama islam Cik Siti kena yakin dengan ketentuan takdir dari dia yang maha kuasa.

"Doa la selalu lepas sembahyang supaya cepat ditemukan jodoh yang terbaik..mak pon selalu doa yang terbaik utk anak mak"-Kata Mak.

"Doa la banyak2 supaya kau dapat suami yang betul2 boleh memimpin kau dunia dan akhirat"- By Cik a'ah.

Mungkin doa ni sangat mustajab sebab sampai sekarang masih tak ada lagi Cik Siti jumpa lelaki yang terbaik...atau mungkin dah terlepas..bukan jodoh terbaik la tu...tetiba teringat........................................................
**********************************************************************************
Masa umur 17 tahun..kebanyakan kawan2 semua dah ada boy friend..tapi Cik Siti masih kool mcm es krem mat kool lagi. Cik Siti tak ada rasa cemburu atau kepingin utk kearah itu pun. Cik Siti bukan la hot sangat kat sekolah dulu..biasa2 aje..lagipon Cik Siti nak fokus SPM yang bakalan tiba,konon2 nak score..namun apakan daya result cukup2 mkn je..tak ape la atleast today i am an engineer!ok sambung balik kisah cinta x kesampaian Cik Siti..Tibalah satu hari, SPM minggu depan aje..tak sangka pulak ada En.Mamat ni poskan cekelat cadbury 5 bar melalui member die.Member die ckp En.Mamat suka CIk Siti!tekojot borok Cik Siti!Apa lagi Cik Siti sgt x berminat dengan acara cintan-cintun ni, cik Siti telah menolak cinta En.Mamat mentah2.Kawan2 semua marah..diorang kata rugi kalau cik Siti x terima En. Mamat.Dia Baik, ustaz lagi,pandai plak tu..ape yang CIk siti nak lagi?..Kawan2 semua kata Cik Siti tolak En.Mamat kerana warna kulit nya..weh..mana ade..Cik Siti xde la camtu..(sebnarnye adela jugak sikit tepikir pasal tu..tapi sikit je).Tapi the main point Cik Siti tolak cinta En.Mamat sebab, Cik Siti betul2 tak ada perasaan untuk bercinta masa tu..Salah Cik SIti juga tak cakap terus terang kat En.Mamat pasal ni..Lagipun Cik Siti malu nak berdepan dengan dia..kenapa pulak nak malu kan kalau tak ada perasaan kat dia?.Ape la Cik Siti ni...ade la kot sikit perasaan tu..tapi masa tu Cik Siti tak matang lagi..masih keliru dengan keadaan yang macam tu..

Kalau la masa Cik Siti tolak cinta En.Mamat dulu Cik Siti matang cam sekarang kan bagus..cewahh..matang ke?Cik Siti nak cakap macam ni kat En.Mamat:-
***********************************************************************************
En.Mamat,
Cik Siti bukan tak nak menerima En. Mamat, tetapi Cik Siti rasa masih terlalu awal untuk kita bercinta sebab kita masih muda.Banyak lagi perkara yang kita nak lalui lepas ni.kemon la En.Mamat bukan Cik Siti tak suka En.Mamat tapi Cik Siti belum terfikir lagi untuk perkara yang melibatkan hati dan perasaan ni.Kita tak tahu apa akan terjadi lepas habis SPM ni.Lepas SPM mesti kita ada haluan masing-masing. Cik Siti takut kalau2 CIk Siti kecewakan En.Mamat atau sebaliknya.Cik Siti harap kalau betul En.Mamat sukakan Cik Siti, En.Mamat sanggup tunggu Cik Siti dalam 3 tahun lagi.Sebab Cik Siti nak kejar cita2 dulu..En.Mamat pon mesti ada plan kan lepas SPM ni.3 tahun lagi umur kita dah 21 tahun, CIk Siti rasa masa ni kita dah betul2 matang mengenal erti hidup yang sebenar.Kalau En.Mamat sanggup tunggu Insyaallah kalau ada jodoh pasti kita akan bertemu dan mulakan dengan perhubungan yang lebih matang dan di redhai-Nya.Maafkan Cik siti ye  En.Mamat...
***********************************************************************************
Namun apakan daya selepas lebih kurang 3-4 tahun Cik Siti tak berhubung dengan En.Mamat..Kat U ade jugak Cik Siti minat kat mamat2 kat U ni,tapi Cik siti sekadar tengok dan wat gosip untuk diri sendiri je ngan kawan2..haha..hmm Cik Siti tunggu lagi,Ok..dah masuk 7 tahun Cik Siti tunggu lagi kalau2 En.Mamat nak mengusha Cik Siti..tapi hampeh..tak de juga..tup2 Cik Siti dapat tau En.Mamat dah betunang ngan org lain.OK!Cik Siti sentap..I surrender for you love.Your love not belong to me.Thank you En.Mamat sbb hati anda pernah ada untuk untuk Cik Siti.
***********************************************************************************
Itu cerita lama..apa Yang Cik Siti musykil sekarang ni Kenapa masih tak ada orang yang nak share their heart with me mcm EN.Mamat eh?

Betul ke ni hukum karma?-->make sense
betul ke dlm badan Cik Siti ade jin yg jadi penunggu(teori khurafat dari my sis)?-->mengarutX pangkah awal2
Betul ke sikap Cik Siti yg tak mesra alam buatkan lelaki takut nak dekat?-->tapi ini sikap yg lama kot..Cik SIti dah berubah sekarang jadik lebih menghormati org lain,dan agak mesra alam jugak..tapi x gedik dan kepoci ok..

Cik Siti dah faham sekarang,dari apa yang Cik Siti dah buat dekat En.Mamat tu adalah satu pengajaran..Cik Siti tak boleh keep blaming my self and other people kalau kita tak dapat sesuatu itu bukan milik kita...masa akan terus berjalan,kita hanya perlu terus merancang tapi allah yang akan menentukan samada rancangan itu terbaik untuk kita..seandainya itu yang terbaik pasti allah memudahkan segala pernacangan kita itu..

Kupujuk hati ini..ku terus berdoa pada yang maha kuasa moga akan terus ada cinta dari-Nya untuk ku...

No comments:

Post a Comment