Monday, December 6, 2010

1432H



Syukur alhamdulillah...dah masuk pun kita ke tahun islam yang baru. 1432H, susah betul nak ingat tahun islam ni..ye la hari-hari kita dok pakai takwim masihi je..betul ke masihi..ala tahun 2010 tu la...tahun masihi la kan??Bulan islam lagi la x ingat aku ni..teruk betul..yang aku sedar bila 1 ramadhan(yg ni full sebulan aku alert ngan tarikh die ni..),1,2,3,4,5,6,7 syawal (seminggu berhati raya),1 muharram,..3 tarikh ni je la yang selalu aku perasan..ish2 teruk2..bile dah masuk tengah2 bulan terus x perasan dah tarikh hari ni berapa haribulan mengikut takwim hijrah.hmm..aku nak highlight kat sini ye..dalam kalendar ini mempunyai kira-kira 354 hari setahun. Ha..berbeza sikit ngan takwim biasa kita guna yang ada 365 hari setahun.Apapun bilangan bulan adalah sama dalam setahun, iaitu 12 bulan.

   Nak tambah info sikit lagi..sebenarnya Saidina Umar al-Khatab (R.A) lah yang telah memulakan penggunaan kalendar tahun hijrah untuk menyeragamkan tarikh-tarikh yang digunakan oleh orang-orang arab ketika itu. Antara kalendar yang mereka guna termasuklah kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar Islam.Peristiwa itu ialah peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad dan Orang islam dari Mekah ke Madinah lah. Banyak sangat peristiwa penting lain yang berlaku dlm peristiwa penghijrahan ini sehingga membentuk satu persaudaraan, perpaduan bukan sahaja antara orang Mekah dan Madinah, tetapi juga antara orang Madinah itu sendiri.

   Eh! Kenal tak siapa Umar ni?..Umar ni adalah khalifah ar-rasyidin yang kedua selepas Abu Bakar As-Siddiq r.a. Beliau ni dikatakan seorang pejuang dan wira yang gagah dan terkenal kerana kegagahannya. Cam macho je si Umar ni...Semasa pemerintahan beliau juga empayar islam berkembang pesat.

 Sempena tahun baru ni, jom lah kita menghargai apa yang rasulullah, dan para orang yang terdahulu dah buat untuk kita umat islam. Jangan asyik nak ingat january,feb,march je...So..Mulai hari ini kita mesti alert dengan tarikh dalam takwim hijrah ok...esok dah 2 Muharram 1432.hehe..

  Sempena sambutan awal muharram ni jom kita nyanyi lagu satu muharram detik permulaan ni...sebelum tu dah baca doa penutup dan pembuka?..Happy new yearrrr!!!!!