Monday, November 22, 2010

salam....
Macam biasa lah..kalau masa belajar dulu, hari pertama masuk kelas mesti rasa macam mati kutu...tak ada modal nak bersembang. Tambahan pula orang disekeliling bukanlah orang yang dikenali.Sama lah macam kali pertama menulis disini. Sebelum create blog, banyak sangat idea yang datang mencurah-curah untuk ditulis. Bila dah ada disituasi yang sebenar, seolah-olah semua idea tadi hilang..tak tahu pergi ke mana...tak tahu nak mulakan macam mana...

Nak mulakan macam ni lah...

Orang kata, tulis blog ini boleh hilangkan tekanan. Mungkin betul juga, sebab kita boleh tulis apa sahaja yang kita nak di sini,kongsi idea,pengalaman, nasihat dan pendapat .Tapi mesti ada batasnya juga kan... Yang tak boleh tahan tu..ada juga yang dah berjaya menjana menjana pendapat dgn blogging sahaja..kagum-kagum...

Sebelum ini pun, saya pernah ada blog sendiri juga masa study dulu..tapi dek kesibukan belajar la kononnya, blog itu pun berkubur...tak pernah update pun..kalau x silap satu entry je yg ada...lepas tu hari ini, terdetik pulak hati ni nak menggatal buat blog..Mudah-mudahan yang ini bertahan lah hendaknya..

Saya ada rahsia nak cerita ini..Sebenarnye mula-mula buat blog ini bajet nak tulis dengan ayat yang penuh skema..tapi nampaknya entry pertama ini x menjadik plak..ye la..dah terbiasa guna bahasa pasar macam ni la jadinye...ish..ish..teruknye!kalau saya amek exam penulisan balik nih mesti fail nih..teruk betul..hehe...tapi xpe..insyaallah next entry korang nantikan kan lah ayat bm ku yg terbaek dari ladang...:)

Ok!nantikan entry yang lain pulak nanti ye..

Salam...