Saturday, April 2, 2011

esok nak pindah..yahuuu!!!

  Tak sabar rasenye Cik Nona nak dok kat umah baru..wuw!Realitynya tak ada la baru pon rumah tu..lebiih kurang rumah yg lama tu jugak,bezanya sewa nya lebih murah Rm 30 bebanding umah lama.Yang paling penting ia dekat dgn opis Cik Nona dan tak ada lagi plaza tol..yeay!safe sket duit Cik Nona..tapi yang tak best nya traffic jam tetap ada,pastu umah tu tak ada tv ngan mesin basuh..huhuu..kena carik ni..kot-kot ada org nak bagi free Tv ke,mesen basuh ke..kan?
  Ha ah satu lagi masaalah parking...kawasan rumah tu memang pack.Semua orang ada kereta sendiri kot...mana nak parking ni?Double park karang kena tolak sana-sini plak..hala2 bedebarnye..
  Yang paling tak tahanye kalau nak pindah ni, kena angkut barang la pulak..adoi..
Ahha!x lupa jugak pitis-pitis yg akan keluar esok utk bershopping membeli keperluan di rumah baru..hala2..camne nak kumpul duit beli FOFI ni?hmm Postpone lagi la nampaknye..

Monday, March 21, 2011

Di Santau oleh Google map

Memandu kereta ialah salah satu hobi atau kegemaran cik Nona..tak kira la jalan tu lengang, sesak, sunyi, bengkang-bengkok mcm ular kena palu, lurus macam bendul, dan sebagainya akan Cik Nona redahi. Ada satu ketika Cik Nona sangat suka pabila tersekat didalam traffic jam dekat sejam jugak la. Lokasi nya sebelum tol sunway sampai la ke Kelana Jaya.(Vice versa).Best sangat,mase ni la boleh cuci2 mata..berangan tgk org bawak kereta besar2..tengok macam2 perangai orang bila dlm traffic jam.memang syok!..tapi yang tak syoknya bila ada org tak ikut lorong yang betul.Macam dia saja lah yang dah lambat gi kerja..pastu langgar/tercalarkan kereta Cik Nona..ni yang marah ni...tapi Cik Nona takut nak kuar dari kereta.so orang tu pon berlalu tanpa rasa bersalah.


Itu cerita dlm traffic jam, yang ni Cik Nona nak cerita akibat Cik Nona suka sangat memandu Cik Nona selalu tersesat.Ye la Cik Nona xde GPS.esok Cik Nona ada duit lebih beli la GPS..Cik Nona tahu kat malaysia ni kerajaan banyak kuar duit buat sign board kan..so Sign board je la referrence CikNona utk kemana2.Tapi kesian walaupun ada sign board Cik Nona tetap tesesat.Adakah salah Sign board?atau salah Cik Nona yang tak tau baca sign board?Atau salah google map?
                                 
       

Cik Nona pernah sekali nak pegi cari cinema nama cathay ceineleisure. yang Cik Nona tahu ia terletak berdekatan dengan the curve.Tapi disebabkan nak kan kepastian Cik Nona telah menggoogle.Lalu dapat la direction utk kesana menggunakan google map.Tenyata Google map telah menipu Cik Nona.padahal Cik Nona dah nampak the curve itu.Dek terlalu mempercayai si google map itu.3 kali Cik Nona lalu ditempat yg sama, dan 3 kali jugak la Cik Nona melepasi The curve. Akhir sekali Cik Nona berhenti dekat petrol station berdekatan the curve dan betanya pada adik kedai minyak itu..Adik itu buat muka pelik dekat Cik Nona.Musti dlm hati dia ckp akak ni buta ke kena santau...the curve tu depan mate pon x nampak...tapi adik tu baik walaupon dia wat muka pelik, dia tetap menjawab soklan Cik Nona dengan berhemah...Finally, Cik Nona pon sampai la di cinema itu yang rupanya didlm @thecurve dan menonton cite hikayat merong mahawangsa yang lawak!..

Moral: Jangan terlalu taksub dgn teknology..=)

Sunday, March 20, 2011

tea time with kueh kosui

Need to prepare sumthing for your family?my suggestion-Kueh kosui!yeah!still remember my along's kueh kosui.yummy2!

thanks mak for your resepi turun temurun ni=)..

finally....

                                                                          cantek x?

                                                       Buah pisang sekadar hiasan


 it happen!wow!


credit to angah too..=)

Monday, March 14, 2011

dia hidup!

14 March-Hari yg ditunggu-tunggu dah tiba..bedebar nak turun ke kereta.Bangun awak tu pagi tadi..takut punye pasal..Malu gak kalau2 mangsa yang terlibat dlm tragedi sabtu aritu ade kat bawah..wahhhmaluuuu!!!..

ok xpe.tgk kiri-kanan..line clear..
1)tekan alarm..ok
2)masuk cepat2..mulakan ngan bismillah
3)terus start engine..thennn
4)HIDUP! alhamdulillah ia hidup dgn mudah
5)belajar dari kesilapan>>panaskan enjin 6-8 minit..dannn
6)terus meluncur ke sinun...happy x de traffic jam!

Yang pastinya kena bersiap sedia sbb sejarah mungkin berulang lagi..tawakal je la..insyaallah semua ok sampai bulan 7 ni...

Target:-
Ford fiesta

Buta Cinta..

Dua puluh enam tahun..26 tahun..ya itu umur Cik Siti...tahun depan insyaallah 27 tahun pulak.wow!hmmm..kalau ikut plan tahun depan dah kena kawen ni..nk kena beranak pulak..alamak aih..calon pon tak ada..camne ni?
 
"Kami Cantik tapi single". Ya itu la satu cogan kata yang sesuai buat mereka yang senasib dengan Cik Siti.Ye..self confident yg tinggi.Very good!

"Insyaallah, tuhan ada rancangan yang terbaik untuk kita, jodoh dan ajal maut ditangan tuhan". Positive thinking sket...Ini pulak ayat nak sedap kan hati,tapi kena yakin jugak sebab sebagai penganut agama islam Cik Siti kena yakin dengan ketentuan takdir dari dia yang maha kuasa.

"Doa la selalu lepas sembahyang supaya cepat ditemukan jodoh yang terbaik..mak pon selalu doa yang terbaik utk anak mak"-Kata Mak.

"Doa la banyak2 supaya kau dapat suami yang betul2 boleh memimpin kau dunia dan akhirat"- By Cik a'ah.

Mungkin doa ni sangat mustajab sebab sampai sekarang masih tak ada lagi Cik Siti jumpa lelaki yang terbaik...atau mungkin dah terlepas..bukan jodoh terbaik la tu...tetiba teringat........................................................
**********************************************************************************
Masa umur 17 tahun..kebanyakan kawan2 semua dah ada boy friend..tapi Cik Siti masih kool mcm es krem mat kool lagi. Cik Siti tak ada rasa cemburu atau kepingin utk kearah itu pun. Cik Siti bukan la hot sangat kat sekolah dulu..biasa2 aje..lagipon Cik Siti nak fokus SPM yang bakalan tiba,konon2 nak score..namun apakan daya result cukup2 mkn je..tak ape la atleast today i am an engineer!ok sambung balik kisah cinta x kesampaian Cik Siti..Tibalah satu hari, SPM minggu depan aje..tak sangka pulak ada En.Mamat ni poskan cekelat cadbury 5 bar melalui member die.Member die ckp En.Mamat suka CIk Siti!tekojot borok Cik Siti!Apa lagi Cik Siti sgt x berminat dengan acara cintan-cintun ni, cik Siti telah menolak cinta En.Mamat mentah2.Kawan2 semua marah..diorang kata rugi kalau cik Siti x terima En. Mamat.Dia Baik, ustaz lagi,pandai plak tu..ape yang CIk siti nak lagi?..Kawan2 semua kata Cik Siti tolak En.Mamat kerana warna kulit nya..weh..mana ade..Cik Siti xde la camtu..(sebnarnye adela jugak sikit tepikir pasal tu..tapi sikit je).Tapi the main point Cik Siti tolak cinta En.Mamat sebab, Cik Siti betul2 tak ada perasaan untuk bercinta masa tu..Salah Cik SIti juga tak cakap terus terang kat En.Mamat pasal ni..Lagipun Cik Siti malu nak berdepan dengan dia..kenapa pulak nak malu kan kalau tak ada perasaan kat dia?.Ape la Cik Siti ni...ade la kot sikit perasaan tu..tapi masa tu Cik Siti tak matang lagi..masih keliru dengan keadaan yang macam tu..

Kalau la masa Cik Siti tolak cinta En.Mamat dulu Cik Siti matang cam sekarang kan bagus..cewahh..matang ke?Cik Siti nak cakap macam ni kat En.Mamat:-
***********************************************************************************
En.Mamat,
Cik Siti bukan tak nak menerima En. Mamat, tetapi Cik Siti rasa masih terlalu awal untuk kita bercinta sebab kita masih muda.Banyak lagi perkara yang kita nak lalui lepas ni.kemon la En.Mamat bukan Cik Siti tak suka En.Mamat tapi Cik Siti belum terfikir lagi untuk perkara yang melibatkan hati dan perasaan ni.Kita tak tahu apa akan terjadi lepas habis SPM ni.Lepas SPM mesti kita ada haluan masing-masing. Cik Siti takut kalau2 CIk Siti kecewakan En.Mamat atau sebaliknya.Cik Siti harap kalau betul En.Mamat sukakan Cik Siti, En.Mamat sanggup tunggu Cik Siti dalam 3 tahun lagi.Sebab Cik Siti nak kejar cita2 dulu..En.Mamat pon mesti ada plan kan lepas SPM ni.3 tahun lagi umur kita dah 21 tahun, CIk Siti rasa masa ni kita dah betul2 matang mengenal erti hidup yang sebenar.Kalau En.Mamat sanggup tunggu Insyaallah kalau ada jodoh pasti kita akan bertemu dan mulakan dengan perhubungan yang lebih matang dan di redhai-Nya.Maafkan Cik siti ye  En.Mamat...
***********************************************************************************
Namun apakan daya selepas lebih kurang 3-4 tahun Cik Siti tak berhubung dengan En.Mamat..Kat U ade jugak Cik Siti minat kat mamat2 kat U ni,tapi Cik siti sekadar tengok dan wat gosip untuk diri sendiri je ngan kawan2..haha..hmm Cik Siti tunggu lagi,Ok..dah masuk 7 tahun Cik Siti tunggu lagi kalau2 En.Mamat nak mengusha Cik Siti..tapi hampeh..tak de juga..tup2 Cik Siti dapat tau En.Mamat dah betunang ngan org lain.OK!Cik Siti sentap..I surrender for you love.Your love not belong to me.Thank you En.Mamat sbb hati anda pernah ada untuk untuk Cik Siti.
***********************************************************************************
Itu cerita lama..apa Yang Cik Siti musykil sekarang ni Kenapa masih tak ada orang yang nak share their heart with me mcm EN.Mamat eh?

Betul ke ni hukum karma?-->make sense
betul ke dlm badan Cik Siti ade jin yg jadi penunggu(teori khurafat dari my sis)?-->mengarutX pangkah awal2
Betul ke sikap Cik Siti yg tak mesra alam buatkan lelaki takut nak dekat?-->tapi ini sikap yg lama kot..Cik SIti dah berubah sekarang jadik lebih menghormati org lain,dan agak mesra alam jugak..tapi x gedik dan kepoci ok..

Cik Siti dah faham sekarang,dari apa yang Cik Siti dah buat dekat En.Mamat tu adalah satu pengajaran..Cik Siti tak boleh keep blaming my self and other people kalau kita tak dapat sesuatu itu bukan milik kita...masa akan terus berjalan,kita hanya perlu terus merancang tapi allah yang akan menentukan samada rancangan itu terbaik untuk kita..seandainya itu yang terbaik pasti allah memudahkan segala pernacangan kita itu..

Kupujuk hati ini..ku terus berdoa pada yang maha kuasa moga akan terus ada cinta dari-Nya untuk ku...

Sunday, March 13, 2011

Nantikan...

Bedebar menanti hari esok...adakah perkara yang sama akan berlaku...
.
..
...
....
.....
......
.......

"Ya Allah permudahkan perjalanan hidup ku..."

Dear Mr. Burn and Ms. Jane,

    Burn and Jane...dua ekor makhluk ni comel sebenarnye..paling suke bila dia wat manja2 ngan kita.Dari rasa nak marah terus jadik cool.nyampah tol..x jadik nak marah kat die. Saya sebenarnye suke juga ngan tucin2 ni..tapi xde la smpi rase nak bela kan..tambah2 saya ni bukan la seorang yg rajin..Burn ngan Jane ni housemate punye tucin...semenjak kehadiran mereka ni, saya rasa hidup saya sangat sengsara..wawawa..si dia ni kurung tucin tu dlm toilet..saya kesian dgn mereka..tambah kesian kepada saya terpaksa tunggu si dia balik dari kerja untuk kemas hasil perkumuhan burn dan jane, baru boleh guna toilet..saya x sanggup lagi share toilet dengan burn dan jane..bau hasil perkumuhan mereka sangat menusuk kalbu...Ade lagi satu perkara yang menyakitkan saya apabila 2 kali saya di cakar oleh mereka dikaki dan di tangan..adui!mmg sakit walopon sikit je..tapi kesannye maseh ade..huh!tetiba terinngat kes org mati sbb dicakar kucin.Virus FIV..seakan-akan Virus HIV bawaan kucin bahaya wo....MATI beb..MATI..bukan boleh bawak main...try nengok sini http://cats.about.com/cs/healthissues/a/fiv_in_cats.htm

wawawa kenapa ko cakar aku burn, jane?

                                                              2 ekor suspect dikenalpasti..

                                                             eiiii...wat2 comel plak...


                                                     Huh hamek ko..ini la rupa sebenar seekor kucin.

OK...saya akan bersabar dengan kalian semua sampai bulan 4 ni..kalau kalian x mau keluar, saya sendiri yang akan move out  from this house A.S.A.P!(itu pon kalau saya x di syaki dijangkiti virus kucing tu and mati sebelum kawen..wawawa..x nak!..x nak! nak kwen duluuuuu..)